Sabda Rasulullah SAW: Wanita yang
taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.
Ketika kita menempuh bahtera rumah
tangga, ketika kita sedang menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya,
kita dianjurkan untuk melihat kembali kecintaan kita kepada keluarga
Nabi. Dalam memperkuat kecintaan kita kepada keluarga Nabi di dalam
mengayuh bahtera keluarga, kita diwajibkan meneladani perilaku kehidupan
keluarga Rasulullah, baik perilaku terhadap isteri mahupun anak.
Dalam menggauli dan memperlakukan
isteri-isteri Baginda, Rasulullah s.a.w. senantiasa menghormati dan
menjaga perasaan isteri-isterinya melebihi suami-suami yang lainnya.
Satu saat ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, beliau
dekati isterinya Aisyah sampai Aisyah berkata: Di tengah malam beliau
mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku beliau
berbisik, “Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”
Kita bayangkan betapa besar
penghormatan Rasulullah kepada isterinya sampai ketika beliau hendak
melakukan solat malam, beliau terlebih dahulu meminta izin kepada
isterinya pada tengah malam, di saat isterinya memerlukannya. Pada izin
Rasulullah itulah tergambar kecintaan dan penghormatan terhadap
isterinya.
Nabi adalah sosok yang sangat sabar
dalam memperlakukan isterinya. Hal ini terlihat ketika suatu hari ada
salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirim
kepada Rasulullah yang sedang tinggal di rumah Aisyah. Aisyah dengan
sengaja menjatuhkan kiriman makanan itu hingga piringnya pecah dan
makanannya jatuh berderai. Rasulullah hanya mengatakan, “Wahai Aisyah,
kifaratnya adalah mengganti makanan itu dengan makanan yang sama.”
Rasulullah mengecam suami-suami
yang suka memukuli isteri-isterinya sampai Rasulullah berkata, “Aku
hairan melihat suami-suami yang menyeksa isterinya padahal dia lebih
patut disiksa oleh Allah SWT.”
Nabi pun mengecam suami-suami yang
menghinakan isteri-isterinya, tidak menghargainya, tidak mengajaknya
bicara, dan tidak mempertimbangkan isterinya dalam mengambil keputusan.
Nabi bersabda, “Tidak akan pernah memuliakan isteri kecuali lelaki yang
mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali lelaki yang
hina.” Kerana itu marilah kita berusaha menjadi suami yang mulia yang
menempatkan isteri pada tempat yang mulia.
Kemesraan pasangan adalah penting
untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga dan Rasulullah s.a.w. telah
mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda.
Tidur dalam satu selimut bersama
isteri
Dari Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu
bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah,
tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau
bangkit?” Jawab Aisyah, “kerana saya haid, wahai Rasulullah.” Sabda
Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah
kembali padaku.” Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau.” (Hadis
Riwayat Sa’id bin Manshur)
Memberi wangi-wangian pada aurat
Aisyah berkata, “sesungguhnya Nabi
s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada
auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri baginda
meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (Hadis Riwayat Ibnu
Majah)
Meminta isteri meminyaki badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata,
“Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w. pada hari Raya ‘Aidil Adha’
setelah beliau melakukan jumrah aqabah.” (Hadis Riwayat Ibnu ‘Asakir)
Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata,
“Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa
bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut).” (Hadis
riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)
Disikatkan oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata,
“Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang
haid.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Rasulullah S.A.W. bersabda
bermaksud: Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih
baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah
Minum bergantian pada tempat
yang sama
Daripada Aisyah r.a., dia berkata:
“Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi
mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya
meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan
tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari
saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut
saya, lalu Baginda pun menghirupnya. ” (Hadis Riwayat Abdurrazaq dan
Said bin Manshur)
Membelai isteri
“Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah
setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya)
seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak
bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran
Baginda, lalu Baginda bermalam ditempatnya. ” (Hadis Riwayat Ahmad)
Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, “bahawa Rasulullah
s.a.w. biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian
Baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya.” (Hadis Riwayat
Abdurrazaq)
Dari Hafshah, puteri Umar r.a.,
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya sekalipun sedang
berpuasa.” (Hadis Riwayat Ahmad).
Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a., “Nabi s.a.w.
biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid,
kemudian beliau membaca Al-Quran.” (Hadis Riwayat Abdurrazaq)
Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w. biasa memanggil
Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy dan
Umairah (pipi merah delima).
Menyejukkan kemarahan isteri
dengan mesra
Nabi s.a.w. biasa memicit hidung
Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa:
Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah
kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan. ”
(Hadis Riwayat Ibnu Sunni)
Membersihkan titisan darah haid
isteri
Dari Aisyah r.a., dia berkata, “Aku
pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w. di atas satu tikar ketika aku
sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, Baginda
mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak
berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu
pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darahku menitis
lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pada bahagian yang terkena
titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian
baginda pun sembahyang di atas tikar itu.” (Hadis Riwayat Nasai)
Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu
Salamsh, ia berkata, “Ketika Nabi s.a.w. menikah dengan Ummu Salamah,
Baginda bersabda kepadanya, “Sesungguhnya aku pernah hendak memberi
hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol
minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah
meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika
hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya
kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi
seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut
dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikannya kepada
masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak
kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Segera menemui isteri apabila
tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi
s.a.w. pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman
Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar dan
bersabda, “Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan.
Apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah
ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yg sama
dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Begitu indahnya kemesraan
Rasulullah s.a.w. kepada para isteri Baginda, memberikan gambaran betapa
Islam sangat mementingkan sikap kerana sikap dan perbuatan baik cara
yang paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih dan sayang antara suami
dan isteri. Inilah teladan yg perlu dicontohi.
Berkhidmat pada isteri
Salah satu ibadah yang paling besar di dalam Islam adalah berkhidmat
kepada isteri. Rasulullah bersabda, “Duduknya seorang lelaki dengan
isterinya kemudian membahagiakan isterinya, pahalanya sama dengan orang
yang itikaf di masjidku.”
Kita dapat saksikan para jemaah haji ketika tinggal selama seminggu di
sana mereka berusaha melakukan itikaf dengan sebaik-baiknya di masjid
Nabawi. Kita akan memperoleh pahala yang sama seperti itikafnya para
jamaah haji kalau kita duduk bersama isteri dan berusaha membahagiakan,
memberikan ketenteraman dan keselesaan kepadanya.
Begitu pula bagi para isteri. Mereka haruslah menjadi seorang isteri
seperti Khadijah Al-Kubra. Khadijah adalah sosok isteri yang sangat
dicintai oleh suaminya. Selama Rasulullah menikah dengannya, Rasulullah
tidak pernah memikirkan the other women beside her, wanita lain di
samping Khadijah. Rasulullah hidup dalam suasana yang penuh dengan
kecintaan dan kasih sayang.
Cinta kasih Nabi terhadap Khadijah tergambar dalam riwayat berikut ini:
Setelah Khadijah meninggal dunia, Rasulullah menikah dengan Aisyah.
Suatu hari Rasulullah sedang berada di depan rumah. Tiba-tiba Rasulullah
meninggalkan Aisyah menuju kepada seorang perempuan. Rasulullah
memanggilnya dan menyuruh perempuan itu duduk di hadapan-nya kemudian
mengajaknya berbicara.
Sabda Rasulullah S.A.W. – Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa
sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka
masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.
Aisyah bertanya, “Siapakah perempuan tua ini?” Rasulullah menjawab,
“Inilah sahabat Khadijah dulu.” Lalu Aisyah berkata, “Engkau sebut-sebut
juga Khadijah padahal Allah telah menggantikannya dengan isteri yang
lebih baik.”
Ketika itu marahlah Nabi sampai bergoncang rambut di atas kepalanya.
Lalu beliau berkata, “Demi Allah, tidak ada yang dapat menggantikan
Khadijah. Dialah yang memberikan kepadaku kebahagiaan ketika orang
menghinaku. Dialah yang menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang
membenciku. Dialah yang memberikan seluruh hartanya kepadaku ketika
semua orang menahan pemberiannya. Dan dialah yang menganugerahkan
kepadaku anak ketika isteri-isteri yang lain tidak memberikannya. ”
Mendengar itu Aisyah tidak dapat memberikan jawaban. Hadis ini
diriwayatkan dalam Shahih Bukhari dan Muslim.
Dalam ucapan Rasulullah itu, selain terkandung kecintaan Rasul terhadap
Khadijah, juga terkandung kebaktian Khadijah terhadap suaminya.
Khadijahlah yang menghibur suaminya ketika dalam perjuangan dilanda
berbagai penderitaan. Khadijahlah yang mengorbankan seluruh hartanya
ketika suaminya memerlukan. Khadijahlah yang mendampingi suaminya dalam
suka dan duka. Sehingga Rasul berkata, “Tidak ada seorang pun yang dapat
menggantikan Khadijah.”
Kepada para isteri, jadilah seperti Khadijah yang setiap saat rela
mengorbankan apa pun demi kebahagiaan suami. Yang di saat-saat suami
ditimpa duka dan kesusahan siap berdiri di sampingnya, memberikan
hiburan dan kebahagiaan kepadanya dengan seluruh jiwa dan raga.
Kebaktian kepada suami di dalam Islam dianggap ibadah yang utama. Sampai
Rasulullah bersabda, “Kalau seorang perempuan memberikan setitis minum
kepada suaminya atau memindahkan barang dari rumahnya ke tempat yang
lain untuk membahagiakan suaminya, maka pahalanya sama dengan melakukan
ibadah satu tahun.” Oleh sebab itu, hormatilah suami. Berikan kepadanya
penghormatan yang sepenuhnya dan berikanlah kecintaan yang sepenuhnya.
Insya Allah, Tuhan akan berkati keluarga yang seperti demikian.
APA KATA RASULULLAH TENTANG WANITA DAN ISTERI
1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan iaitu wanita
(isteri) yang solehah.
(Riwayat Muslim)
2. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar
melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya,maka iaa
dalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
(Riwayat Ahmad,Thabrani dan Hakim)
3. Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana
keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah
yang kuat beragama, nescaya kamu beruntung.
4. Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan,
memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana
pintu syurga yang ia kehendaki. (RiwayatAhmad Ibnu Hibban, Thabrani,
Anas bin Malik)
5. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk
suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari khiamat,
tiada nur baginya.(Riwayat Termizi)
6. Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima
sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada
suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan)
7. Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung diudara, ikan di
air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar
baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya serta menjaga
sembahyang dan puasanya. (Riwayat Muaz bin Jabal)
8. Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk
suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan
muka dan tangannya dari bakaran api neraka. Tiap-tiap wanita yang
menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam
syuga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia
memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga
untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.
Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan
janggutnya dan memotong misainya dan mengerat kukunya, memberi minum
Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan
akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta
mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia
melintasi titian Siratul-mustaqim. (Riwayat Muaz bin Jabal)
9. Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat
dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya
selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada
malam hari.
10. Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah
para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu
kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan. Apabila wanita mulai
sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah. Apabila wanita melahirkan anak keluarlah
dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
sumber : http://ikhwandanblog.blogspot.com/2011/08/2-diari-ramadhan-bagaimana-rasulullah.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar