Saat itu tengah malam di
kota Madinah. Kebanyakan warga kota sudah tidur. Umar bin Khatab r.a.
berjalan menyelusuri jalan-jalan di kota. Dia coba untuk tidak
melewatkan satupun dari pengamatannya. Menjelang dini hari, pria ini
lelah dan memutuskan untuk beristirahat. Tanpa sengaja, terdengarlah
olehnya percakapan antara ibu dan anak perempuannya dari dalam rumah
dekat dia beristirahat.
“Nak, campurkanlah susu
yang engkau perah tadi dengan air,” kata sang ibu.
“Jangan ibu. Amirul mukminin sudah membuat peraturan untuk tidak
menjual susu yang dicampur air,” jawab sang anak.
“Tapi banyak orang melakukannya Nak, campurlah sedikit saja. Tho
insyaallah Amirul Mukminin tidak mengetahuinya,” kata sang ibu mencoba
meyakinkan anaknya.
“Ibu, Amirul Mukminin mungkin tidak
mengetahuinya. Tapi, Rab dari Amirul Mukminin pasti melihatnya,” tegas
si anak menolak.
Mendengar percakapan ini,
berurailah air mata pria ini. Karena subuh menjelang, bersegeralah dia
ke masjid untuk memimpin shalat Subuh. Sesampai di rumah, dipanggilah
anaknya untuk menghadap dan berkata, “Wahai Ashim putra Umar bin
Khattab. Sesungguhnya tadi malam saya mendengar percakapan istimewa.
Pergilah kamu ke rumah si anu dan selidikilah keluarganya.”
Ashim bin Umar bin Khattab melaksanakan perintah
ayahndanya yang tak lain memang Umar bin Khattab, Khalifah kedua yang
bergelar Amirul Mukminin. Sekembalinya dari penyelidikan, dia menghadap
ayahnya dan mendengar ayahnya berkata,
“Pergi dan temuilah
mereka. Lamarlah anak gadisnya itu untuk menjadi isterimu. Aku lihat
insyaallah ia akan memberi berkah kepadamu dan anak keturunanmu.
Mudah-mudahan pula ia dapat memberi keturunan yang akan menjadi pemimpin
bangsa.”
Begitulah, menikahlah
Ashim bin Umar bin Khattab dengan anak gadis tersebut. Dari pernikahan
ini, Umar bin Khattab dikaruniai cucu perempuan bernama Laila, yang
nantinya dikenal dengan Ummi Ashim.
Suatu malam setelah itu, Umar bermimpi. Dalam mimpinya dia melihat
seorang pemuda dari keturunannya, bernama Umar, dengan kening yang cacat
karena luka. Pemuda ini memimpin umat Islam seperti dia memimpin umat
Islam. Mimpi ini diceritakan hanya kepada keluarganya saja. Saat Umar
meninggal, cerita ini tetap terpendam di antara keluarganya.
Pada saat kakeknya Amirul Mukminin Umar bin Khattab
terbunuh pada tahun 644 Masehi, Ummi Ashim turut menghadiri
pemakamannya. Kemudian Ummi Ashim menjalani 12 tahun kekhalifahan Ustman
bin Affan sampai terbunuh pada tahun 656 Maserhi. Setelah itu, Ummi
Ashim juga ikut menyaksikan 5 tahun kekhalifahan Imam Ali bin Abi Thalib
r.a. Hingga akhirnya Muawiyah berkuasa dan mendirikan Dinasti Umayyah.
Pergantian sistem kekhalifahan ke sistem dinasti
ini sangat berdampak pada Negara Islam saat itu. Penguasa mulai
memerintah dalam kemewahan. Setelah penguasa yang mewah,
penyakit-penyakit yang lain mulai tumbuh dan bersemi. Ambisi kekuasaan
dan kekuatan, penumpukan kekayaan, dan korupsi mewarnai sejarah Islam
dalam Dinasti Umayyah. Negara bertambah luas, penduduk bertambah banyak,
ilmu pengetahuan dan teknologi berkembang, tapi orang-orang semakin
merindukan ukhuwah persaudaraan, keadilan dan kesahajaan Ali, Utsman,
Umar, dan Abu Bakar. Status kaya-miskin mulai terlihat jelas, posisi
pejabat-rakyat mulai terasa. Kafir dhimni pun mengeluhkan resahnya,
“Sesungguhnya kami merindukan Umar, dia datang ke sini menanyakan kabar
dan bisnis kami. Dia tanyakan juga apakah ada hukum-hukumnya yang
merugikan kami. Kami ikhlas membayar pajak berapapun yang dia minta.
Sekarang, kami membayar pajak karena takut.”
Kemudian Muawiyah membaiat anaknya Yazid bin Muawiyah menjadi
penggantinya. Tindakan Muawiyah ini adalah awal malapetaka dinasti
Umayyah yang dia buat sendiri. Yazid bukanlah seorang amir yang
semestinya. Kezaliman dilegalkan dan tindakannya yang paling disesali
adalah membunuh sahabat-sahabat Rasul serta cucunya Husein bin Ali bin
Abi Thalib. Yazid mati menggenaskan tiga hari setelah dia membunuh
Husein.
Akan tetapi, putra
Yazid, Muawiyah bin Yazid, adalah seorang ahli ibadah. Dia menyadari
kesalahan kakeknya dan ayahnya dan menolak menggantikan ayahnya. Dia
memilih pergi dan singgasana dinasti Umayah kosong. Terjadilah rebutan
kekuasaan dikalangan bani Umayah. Abdullah bin Zubeir, seorang sahabat
utama Rasulullah dicalonkan untuk menjadi amirul mukminin. Namun,
kelicikan mengantarkan Marwan bin Hakam, bani Umayah dari keluarga
Hakam, untuk mengisi posisi kosong itu dan meneruskan sistem dinasti.
Marwan bin Hakam memimpin selama sepuluh tahun lebih dan lebih zalim
daripada Yazid.
Kelahiran Umar bin Abdul Aziz
Saat itu, Ummi Ashim menikah dengan Abdul Aziz bin
Marwan. Abdul Aziz adalah Gubernur Mesir di era khalifah Abdul Malik bin
Marwan (685 – 705 M) yang merupakan kakaknya. Abdul Mallik bin Marwan
adalah seorang shaleh, ahli fiqh dan tafsir, serta raja yang baik
terlepas dari permasalahan ummat yang diwarisi oleh ayahnya (Marwan bin
Hakam) saat itu.
Dari perkawinan itu, lahirlah Umar bin Abdul Aziz. Beliau dilahirkan di Halawan, kampung
yang terletak di Mesir, pada tahun 61 Hijrah. Umar kecil hidup dalam lingkungan
istana dan mewah. Saat masih kecil Umar mendapat kecelakaan. Tanpa
sengaja seekor kuda jantan menendangnya sehingga keningnya robek hingga
tulang keningnya terlihat. Semua orang panik dan menangis, kecuali Abdul
Aziz seketika tersentak dan tersenyum. Seraya mengobati luka Umar
kecil, dia berujar,
“Bergembiralah engkau wahai Ummi Ashim.
Mimpi Umar bin Khattab insyaallah terwujud, dialah anak dari keturunan
Umayyah yang akan memperbaiki bangsa ini.“
Umar bin Abdul Aziz
menuntut ilmu sejak beliau masih kecil. Beliau sentiasa berada di dalam
majlis ilmu bersama-sama dengan orang-orang yang pakar di dalam bidang
fikih dan juga ulama-ulama. Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih
kecil. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah
berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b.
Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian
beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.
Semasa Khalifah Walid bin
Abdul Malik memerintah, beliau memegang jawatan gabernur Madinah/Hijaz
dan berjaya mentadbir wilayah itu dengan baik. Ketika itu usianya lebih
kurang 28 tahun. Pada zaman Sulaiman bin Abdul Malik memerintah, beliau
dilantik menjadi menteri kanan dan penasihat utama khalifah. Pada masa
itu usianya 33 tahun.
Umar bin Abdul Aziz mempersunting
Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan sebagai istrinya. Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan
adalah putri dari khalifah Abdul Malik bin Marwan. Demikian juga, keempat saudaranya pun
semua khalifah, yaitu Al Walid Sulaiman, Al Yazid, dan Hisyam. Ketika
Fatimah dipinang untuk Umar bin Abdul Aziz, pada waktu itu Umar masih
layaknya orang kebanyakan bukan sebagai calon pemangku jabatan khalifah.
Pengangkatan
Umar bin Abdul Aziz sebagai Khalifah
Atas wasiat yang dikeluarkan oleh khalifah Sulaiman bin
Abdul Malik, Umar
bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah pada usianya 37 tahun. Beliau dilantik menjadi Khalifah
selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka
kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil
orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula
berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul,
beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian
kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w kemudian beliau berkata:
“Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini
tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga
permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat
Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan
pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda”.
Tiba-tiba orang ramai serentak berkata:
“Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda
kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan
keberkatan”.
Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada
kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian
beliau berkata pula kepada mereka: “Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa
yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat
kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian
umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di
dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah
sesiapa mentaati aku”. Setelah itu beliau turun dari mimbar.
Umar rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fekah
dan ulama kemudian beliau berkata kepada mereka: “Aku menghimpunkan
kamu semua untuk bertanya pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan
barangan yang diambil secara zalim yang masih berada bersama-sama
dengan keluarga aku?” Lalu mereka menjawab: “Wahai Amirul Mukminin!
perkara tersebut berlaku bukan pada masa pemerintahan kamu dan dosa
kezaliman tersebut ditanggung oleh orang yang mencerobohnya.” Walau
bagaimanapun Umar tidak puas hati dengan jawapan tersebut sebaliknya
beliau menerima pendapat daripada kumpulan yang lain termasuk anak
beliau sendiri Abdul Malik yang berkata kepada beliau: “Aku berpendapat
bahawa ia hendaklah dikembalikan kepada pemilik asalnya selagi kamu
mengetahuinya. Sekiranya kamu tidak mengembalikannya, kamu akan
menanggung dosa bersama-sama dengan orang yang mengambilnya secara
zalim.” Umar berpuas hati mendengar pendapat tersebut lalu beliau
mengembalikan semula barangan yang diambil secara zalim kepada pemilik
asalnya.
Sesudah Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah dan Amirul
Mukminin, Umar langsung mengajukan pilihan kepada Fatimah, isteri
tercinta.
Umar berkata kepadanya, “Isteriku sayang, aku harap engkau memilih
satu di antar dua.”
Fatimah bertanya kepada suaminya,
“Memilih apa, kakanda?”
Umar bin Abdul Azz menerangkan,
“Memilih antara perhiasan emas berlian yang kau pakai dengan Umar bin
Abdul Aziz yang mendampingimu.”
Kata Fatimah, “Demi Allah, Aku tidak memilih pendamping lebih
mulia daripadamu, ya Amirul Mukminin. Inilah emas permata dan seluruh
perhiasanku.”
Kemudian Khalifah Umar bin Abdul Aziz menerima semua perhiasan itu dan
menyerahkannya ke Baitulmal, kas Negara kaum muslimin. Sementara Umar
bin Abdul Aziz dan keluarganya makan makanan rakyat biasa, yaitu roti
dan garam sedikit.
Setelah menjadi khalifah,
beliau mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem feodal.
Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :
1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan
keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan
dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran
2) merampas kembali harta-harta
yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke
Baitulmal
3) memecat pegawai-pegawai yang
tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang
dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah
4) menghapuskan pegawai pribadi
bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini
membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan
tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan
askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.
Selain daripada itu, beliau amat menitilberatkan tentang kebajikan
rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga
ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.
Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya
yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah
memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan
masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana
yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa’ Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan
Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun
hadith-hadith Raulullah SAW. Beliau juga meriwayatkan hadis dari
sejumlah tabiin lain dan banyak pula ulama hadis yang meriwayatkan hadis
daripada beliau.
Dalam bidang ilmu
pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan
buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin
dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat
Islam.
Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10
orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang
pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk
mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah
menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan
Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah
menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau ingin
semua rakyat dilayani dengan adil tidak memandang keturunan dan pangkat
supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau
perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman kakeknya, Khalifah Umar
Al-Khatab.
Pada masa pemerintahan beliau,
kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang
berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan
menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana
tiada lagi orang yang mahu menerima zakat. Rakyat umumnya sudah kaya
ataupun sekurang-kurangnya mau berdikari sendiri. Pada zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz ra, pasukan kaum
muslimin sudah mencapai pintu kota Paris di sebelah barat dan negeri
Cina di sebelah timur. Pada waktu itu kekausaan pemerintahan di Portugal
dan Spanyol berada di bawah kekuasaannya.
Kematian beliau
Beliau wafat pada tahun 101 Hijrah
ketika berusia 39 tahun. Beliau
memerintah hanya selama 2 tahun 5 bulan saja. Setelah beliau wafat, kekhalifahan digantikan oleh iparnya,
Yazid bin Abdul Malik.
Muhammad bin Ali bin
Al-Husin rahimahullah berkata tentang beliau: “Kamu telah sedia maklum
bahwa setiap kaum mempunyai seorang tokoh yang menonjol dan tokoh yang
menonjol dari kalangan Bani Umaiyyah ialah Umar bin Abdul Aziz, beliau
akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seolah-olah beliau satu umat yang
berasingan.”
Terdapat banyak riwayat
dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di
antaranya ialah :
1) At-Tirmizi meriwayatkan bahwa Umar
Al-Khatab telah berkata : “Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang
lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan
dunia dengan keadilan”
2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas
bin Malik telah berkata : “Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang
imam selepas wafatnya Rasulullah SAW
yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul
Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah”
3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari
Khurasan telah berkata : “Aku telah beberapa kali mendengar suara datang
dalam mimpiku yang berbunyi : “Jika seorang yang berani dari Bani
Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana
dia adalah pemimpin yang adil”.” Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar
b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah
kepadanya”.
4) Qais bin Jabir berkata :
“Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang
yang beriman di kalangan keluarga Firaun”
5) Hassan
al-Qishab telah berkata :”Aku melihat serigala diternak bersama dengan
sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz”
6) Umar b Asid telah berkata :”Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak
meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang
bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :”Ambillah
hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu”. Tetapi tiada yang mahu
menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah
menjadikan rakyatnya kaya-raya”
7) ‘Atha’ telah berkata :
“Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha’ setiap malam. Mereka saling
ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari
qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab
Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka.”
Wallahu a’lam…
sumber: http://www.kisah.web.id/tokoh-islam/umar-bin-abdul-aziz-ra-61-101-h.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar